Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN JPWB KE RPN LUGU

19 Disember 2018, Selasa - Pagi tadi Rombongan dari Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah (JPWB) mengadakan lawatan ke Rancangan Perumahan Negara Lugu sebahagian dari jadual lawatan empat (4) hari ke Negara ini. 

IMG_3598.JPG

Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Haji Mursidi bin Haji Sapie, Pengarah Jabatan Perancagan Bandar dan Wilayah Sabah ke kawasan Rancangan Perumahan Negara Lugu dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar. Pada lawatan berkenaan, ahli rombongan mendengar taklimat mengenai Skim Perumahan Negara yang disampaikan oleh Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan. Antara kandungan taklimat yang disampaikan mengenai sejarah wujudnya Skim Perumahan Negara dan juga pencapaiannya.

IMG_3240.JPG IMG_3239.JPG IMG_3232.JPG

Seterusnya, ahli rombongan dibawa melawat kawasan perumahan serta kemudahan awam yang disediakan di Rancangan Perumahan Negara Lugu. Ketua rombongan berkesempatan menanam pokok di kawasan taman permainan. Kemudian, ahli rombongan meninjau lebih dekat rumah jenis kluster yang dibina di kawasan berkenaan. Rancangan Perumahan Negara Lugu mempunyai sejumlah 1,000 unit rumah kluster dimana empat (4) unit rumah kluster bagi setiap blok dengan keluasan 130 meter persegi bagi setiap unit. Setiap unit mempunyai empat (4) bilik tidur dengan tiga (3) bilik air termasuk bilik tamu, bilik makan dan dapur serta dua (2) tempat letak kereta beratap.

 IMG_3465.JPG 93b4e53c-9fad-48b9-a90b-d1951a31ec8d.jpg f3707c48-4210-4e19-9962-35451bbe9b9e.jpg

Oleh: Unit Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, JKP | Foto: JKP

Attachments