Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

GOTONG ROYONG BERSIHKAN MASJID

30 Mei 2019, Khamis - Antara aktiviti yang disusun oleh Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) bersempena bulan Ramadhan ialah kempen kebersihan. Pada tahun ini, JKP telah mengadakan kempen Membersihkan Kawasan Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas. 

IMG_0180.JPG

Kempen tersebut bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan menanamkan sikap bergotong-royong dan sikap suka menjaga kebersihan, yang sememangnya digalakkan dalam Islam. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga JKP.

IMG_0035.JPG  IMG_0051.JPG IMG_0041.JPG

Turut menyertai pada Kempen Kebersihan berkenaan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar. Aktiviti berkenaan diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada Pegawai Masjid berkenaan.

 IMG_0239.JPG IMG_0148.JPG  IMG_0070.JPG

Attachments