Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

RAMAH MESRA HARI RAYA JKP

01 Julai 2019, Isnin - Pelbagai acara Sambutan Hari Raya giat dianjurkan oleh pelbagai pihak dengan hasrat untuk mengukuhkan lagi silaturahim disamping memberikan peluang untuk bermaaf-maafan di bulan Syawal. Dalam kesempatan itu, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) juga tidak ketinggalan meraikan Sambutan berkenaan dengan mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya bertempat di Dewan Muwafaqah, Bangunan Ibu Pejabat,  JKP. 

Hari Raya 2019 HDD - 1-7-19 (59 of 63).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar. Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh tetamu kehormat. Seterusnya tetamu kehormat dibawa melawat ke pondok-pondok makanan, yang dihias dan menyediakan jamuan mengikut 7 (tujuk) jenis masakan yang ditetapkan iaitu Western, Arabic, Indonesian, Thai, Malay, Indian dan Chinese. 

 GPTempDownload(49).jpg GPTempDownload(15).jpg GPTempDownload(17).jpg

Bagi memeriahkan lagi Sambutan ianya turut diisikan dengan acara pertukaran hadiah 'gift exchange' bagi setiap Bahagian di bawah JKP dan juga penyampaian hadiah bagi pondok tercantik serta pakaian tercantik mengikut tema. Hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat. Sejurus selepas itu, para tetamu kehormat, pegawai kanan dijemput untuk menikmati jamuan yang disusuli dengan ramah mesra bersama bersama pegawai dan kakitangan. 

GPTempDownload(61).jpg GPTempDownload(127).jpg 8f1741b9-238b-4903-b908-8edfa3f056f8.jpg 


Attachments