Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN 1443H

Isnin, 25 April 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bulan Ramadhan bertempat di Surau Apartmen Lambak Kanan, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan. Majlis diadakan bagi menandakan sempurnanya Majlis Tadarus yang diadakan oleh Pegawai dan Kakitangan JKP disepanjang bulan Ramadhan 1443H.

Khatam2.jfif

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan bacaan Surah Ad Duha hingga surah An Nash serta bacaan Tahtim beramai-ramai.

  6.jfif

Acara turut diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sumbangan daripada warga JKP. Tetamu kehormat juga menyampaikan sijil penghargaan kepada pentasmik dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  

3.jfif4.jfif 



Attachments