Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL DAN MUNAJAT KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

Khamis, 22 September 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan dengan kerjasama Unit Audit Dalaman dan Divisyen Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Munajat bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya (bulan September 2022) pagi tadi. Majis yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Alias bin Haji Amit, dan diikuti dengan Bacaan Surah Yassin beramai dipimpin oleh Awang Nurul Izzul bin Haji Zakeria.

12.jfif 

Hadir pada majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. Turut hadir Yang Mulia Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, ketua-ketua Jabatan dan Divisyen serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan.

11.jfif 11.jfif
Majlis diselajurkan dengan bacaan Doa Munajat oleh Yang Mulia Awang Mohd Azizul Rahman bin Haji Saban dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Hamjah bin Haji Hujan.

Attachments