Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

DIKIR MAULUD DISELAJURKAN DOA SELAMAT HARI HABITAT SEDUNIA DAN 70 TAHUN PENUBUHAN JKP

Isnin, 03 Oktober 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengadakan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW pagi tadi, bertempat di Dewan Muwafaqah, Tingkat 1, Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Alias bin Haji Amit, dan diikuti dengan Dikir Syarafil Anam beramai-ramai. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pengarah Kemajuan Perumahan.

6.jfif 

Majlis diselajurkan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena ulang tahun ke-70 tahun penubuhan Jabatan Kemajuan Perumahan dan juga memperingati sempena Hari Habitat Sedunia tahun ini yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Azizul Rahman bin Haji Saban. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Yang Mulia Awang Hamjah bin Haji Hujan. 


Sambutan Hari Habitat Sedunia disambut setiap hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun. Pada tahun ini, tema Sambutan ialah "Mind the gap. Leave no one and no place behind'.  Tema yang dipilih oleh UN-HABITAT ini melihat kepada masalah ketidaksamaan dan cabaran yang semakin meningkat di bandar dan kawasan penempatan manusia.

4.jfif 1.jpeg


Jabatan Kemajuan Perumahan juga menyambut Jubli Platinum iaitu 70 tahun penubuhan Jabatan Kemajuan Perumahan bermula dari penubuhan Jabatan Perpindahan pada tahun 1952, yang mana Skim Perpindahan telah diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 1984, bagi memastikan kesinambungan kepada pencapaian hasrat tersebut, Jabatan Perpindahan telah dinaiktaraf menjadi Jabatan Kemajuan Perumahan dalam memastikan program perumahan dilaksanakan secara berterusan melalui Skim Perumahan Negara.

Attachments