Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KONTRAK PERJANJIAN PEMBINAAN 950 UNIT TERES TERMETERAI

​​​​Khamis, 05 Januari 2023 - Majlis menandatangani kontrak bagi projek berkenaan diadakan pada petang tadi di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan diantara Jabatan Kemajuan Perumahan dan Kontraktor yang dilantik, Thong & Thong Sendirian Berhad. Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani dan disaksikan oleh Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Kemajuan Perumahan. Sementara itu, menandatangani bagi pihak Thong & Thong Sendirian Berhad ialah Awang Haji Abd Rahman bin Haji Metasim iaitu selaku Pengarah Urusan Syarikat. 

3.jpeg 4.jpeg

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dayang Aldila binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan.

Pada majlis berkenaan juga berlangsung penandatanganan Jaminan Rekabentuk diantara pihak Jabatan Kemajuan Perumahan bersama-sama dengan 3 pihak Konsaltan projek berkenaan iaitu Gemilang Latif Associates, Perunding Primareka dan Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd. Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani dan disaksikan oleh Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Kemajuan Perumahan. Sementara itu, menandatangani bagi pihak Gemilang Latif Associates ialah Ar. Mahri bin Haji Latif, manakala menandatangani bagi pihak Perunding Primareka ialah Ir. Wee Hong Kee dan menandatangani bagi pihak Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd. ialah Ir. Dr. Rohaniyati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Md Salleh. Majlis menandatangani kontrak berkenaan disaksikan oleh Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan selaku Tetamu Kehormat Majlis. Projek Perumahan Negara Kg. Tanah Jambu, Fasa 7 ini menelan belanja lebih BND 96 juta dan termasuk didalam projek Rancangan Kemajuan Negara ke 11. Projek ini akan bermula pada 05 Januari 2023 dan dijangka siap dalam tempoh masa 24 bulan diatas tapak projek dengan keluasan 80 hektar. Skop projek ini adalah termasuk rekabentuk dan pembinaan bagi kerja-kerja infrastruktur dan 950 unit rumah jenis teres.

2.jpeg

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dayang Aldila binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan.

Attachments