Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KENYATAAN MEDIA ISU PEKERJA PEMBINAAN MOGOK

Sabtu, 25 Mac 2023 - Berikutan dengan video tular di media sosial mengenai pekerja pembinaan mogok di tapak projek Perumahan Negara Kg. Lugu disebabkan tidak menerima gaji selama 3 bulan, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) mengesahkan bahawa perkara tersebut adalah ​TIDAK SAHIH. Berdasarkan pada hasil penemuan Jabatan Kemajuan Perumahan, tidak ada kelewatan pembayaran selama 3 bulan kepada pekerja pembinaan projek berkenaan. 

Pihak JKP akan sentiasa memastikan pembayaran kepada Kontraktor dilaksanakan tepat pada masa selaras dengan kemajuan projek bagi memastikan projek berjalan dengan lancar dan seterusnya penyiapan pembinaan rumah seperti yang dirancang. 

Dalam hal ini, JKP menyeru orang ramai supaya tidak menularkan video tersebut dan menyampaikan berita yang tidak tepat. Kerjasama orang ramai juga sangat-sangat dipohonkan untuk memberigakan berita yang datang dari sumber yang rasmi sahaja.

Adalah diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan menyebarkan maklumat palsu dibawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam (Public Order Act), Penggal 148, bahawa sesiapa yang samaada secara lisan atau secara bertulis atau dengan apa jua cara lain, menyebarkan berita-berita palsu atau membuat kenyataankenyataan palsu adalah melakukan kesalahan dan boleh dijatuhkan hukuman denda BND3,000 dan penjara selama tiga tahun.

Bagi memastikan kesahihan sebarang maklumat yang berkaitan dengan Jabatan ini, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam, Jabatan Kemajuan Perumahan melalui alamat e-mel info@hdd.gov.bn atau melayari laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Perumahan di alamat www.housing.gov.bn.


Disediakan oleh: 

Bahagian Pembangunan Masyarakat & Perhubungan Awam

Jabatan Kemajuan Perumahan

Kementerian Pembangunan 

Emel: pmpa@hdd.gov.bn 


Attachments