Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

1,234 ORANG MENERIMA ANAK KUNCI RUMAH

04 Februari 2016, Khamis - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 1,234 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara.

AZMI-17.jpg

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Keberangkatan tiba KDYMM dijunjung oleh Menteri Pembangunan,Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei-Muara, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Badaruddin bin Pengiran Abd Rahman, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

HAMZAH-001.jpg HAMZAH-002.jpg

Pada majlis berkenaan, dari keseluruhan jumlah peserta seramai 965 orang adalah terdiri dari penerima anak-anak kunci rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara dan 225 orang penerima adalah peserta dari Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati. 

RIZAL_3385.jpg

​Sejurus selesai menyempurnakan majlis penganugerahan berkenaan KDYMM berkenan dijunjung berangkat ke rumah Penghulu, Mukim Gadong ‘B’, Yang Mulia Mejar (B) Awang Haji Bakar bin Sapar. Dari rumah Penghulu Mukim Gadong ‘B’, KDYMM berkenaan melawat​ beberapa institusi pendidikan iaitu Sekolah Menengah Menglait, Gadong, Sekolah Rendah Mabohai, Brunei I dan juga Sekolah Antarabangsa Brunei di Jalan Utama Salambigar, Kampong Sungai Hanching, Mukim Berakas B. Lawatan KDYMM ke institusi pendidikan ini membuktikan keprihatinan baginda terhadap perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini. 

AMIRUL_09.jpgDKFILA-21.jpg STKRJ-21.jpg

Selesai membuat lawatan di institut-institut pendidikan berkenaan, KDYMM berkenaan berangkat kerumah peserta menerima anak-anak kunci rumah mereka di bawah Rancangan Perumahan Negara  Kampong Panchor (Mengkubau), Mukim Mentiri

STKRJ-23.jpg STKRJ-27.jpg STKRJ-26.jpg

Dalam usaha memastikan penyediaan perumahan di bawah Rancangan Perumahan Negara ini mampu memenuhi permintaan yang sedia ada, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan telah merangka beberapa strategi dalam penggunaan tanah secara optima bagi meningkatkan bilanga hasil pengeluaran rumah seperti pembinaan rumah 'cluster' dan rumah jenis bertingkat tinggin 'vertical housing' yang mana ianya juga boleh mengurangkan kos pembinaan infrastruktur dan setersunya mengurangkan subsidi Kerajaan. 

Attachments