Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JKP KELOLA MAJLIS KHATAM AL-QURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

Isnin, 17 April 2023 - Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan - Jabatan di bawahnya bagi Tahun 1444H/ 2023M petang tadi dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan di Masjid RPN Kg. Lambak Kanan. Majlis diselajurkan dengan Tahlil dan Berbuka Puasa, hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

MOD.5.jpeg 

Turut hadir, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan Dan Profesional), Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf berupa satu (1) unit komputer riba dan satu unit 'printer' dan juga wang tunai sejumlah $400.00 bagi pembelian 'bird spikes' bagi kegunaan masjid berkenaan kepada imam masjid berkenaan, Imam Awang Haji Julazni bin Haji Zaini.

MOD.2.jpeg

Majlis diteruskan dengan Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Sementara itu bacaan tahtim, doa khatam, tahlil dan Doa Kesyukuran dikepalai oleh imam masjid. Majlis diselajurkan dengan berbuka puasa serta solat Fardhu Maghrib berjemaah.  Majlis ini merupakan antara aktiviti tahunan yang dijalankan di Kementerian Pembangunan sepanjang bulan Ramadhan.

Attachments