Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SUMBANGAN DERMA ANAK YATIM WARGA JKP

Sabtu, 22 April 2023 - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bulan Ramadhan bertempat di Dewan Muwafaqah, Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan di Berakas. Majlis diadakan bagi menandakan sempurnanya Majlis Tadarus yang diadakan oleh Pegawai dan Kakitangan JKP disepanjang bulan Ramadhan 1444H.

5.jpeg

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid, Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, bacaan Takhtim dan doa tahlil beramai-ramai.

1.jpeg

Acara turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma daripada warga JKP kepada anak-anak yatim. Tetamu kehormat juga menyampaikan sijil penghargaan kepada pentasmie dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  ​

Attachments