|
KUNJUNGAN HORMAT “ICE PROFESSIONAL REVIEWERS” |
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|
||
|
Seramai 2 orang pegawai dari ICE Professional Reviews petang tadi mambuat kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar. Kedatangan mereka ini ialah bagi menguruskan dan mengemaskinikan ICE Supervising Engineers di Negara ini. Semantara itu, Mr. Michael Marshall, CEng, FICE dan Mr.M.C.Mann, CEng, FICE berada di Negara Brunei Darussalam adalah untuk menjadi pemeriksa bagi mereka yang menduduki peperiksaan ‘Chartered Professional Review (CPR) yang diadakan di Bilik Teratai, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. Seramai lima orang pegawai dari Jabatan Kerja Raya dan seorang pegawai dari Jabatan Kemajuan Perumahan mengikuti peperiksaan tersebut. Hadir bersama dimajlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Mohd Zain bin Haji Mohd Salleh. Semasa berada di Negara ini selama 6 hari, mereka juga berkesempatan membuat lawatan ke beberapa institusi termasuk Jabatan Kerja Raya. Mereka berkunjung ke Negara ini setiap tahun.
|
|||