CERAMAH UGAMA SEMPENA ISRAK MIKRAJ

 

 

   

 
 

Hadir selaku Tetamu Kahormat ialah Pemangku Menteri Pembangunan Yang Mulia Dato Paduka Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien.

Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Taman Rekreasi itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah, Setiausaha Tetap (Tenikal & Professional),  Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan serta Jabatan-Jabatan dibawah nya bertempat di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh penceramah jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah, Ustaz Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

Majlis pada petang itu diteruskan dengan ceramah ugama bertajuk Menghayati Islam Untuk Mempertingkatkan Daya Saing Bangsa yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

Majlis itu diadakan antara lain bertujuan sebagai aktiviti tahunan dan menambah pengetahuan dan kesedaran dari memperingati peristiwa israk dan Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W disamping untuk menjalin dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara warga Kementerian Pembangunan. 

Majlis disudahi dengan bacaan doa selamat dan diteruskan dengan sembahyang Asar berjemaah.

Lebih 100 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya menghadiri  majlis tersebut..