KUNJUNGAN HARI RAYA KE ISTANA NURUL IMAN

 

 

 
     
 

  

 

 
 

Hari ni merupakan hari kedua Istana Nurul Iman dibuka bagi kunjungan orang ramai.  Pada sebelah pagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan tidak ketinggalan mengambil peluang keemasan ini untuk berziarah dan bertemu serta melihat dengan lebih dekat lagi Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta anggota kerabat diraja lain bagi pegawai lelaki dan Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan Pengiran Isteri bagi pegawai perempuan. 

Seramai lebih 200 orang pegawai dan kaktitangan telah mengikuti rombongan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Mohd Zain bin Haji Mohd Salleh.