JALAN TUTUP AKIBAT TANAH SUSUR DI JALAN TUTONG
|
|||
|
|
|
||
|
|
![]() |
||
![]() |
Jabatan Jalanraya, Jabatan Kerja Raya memaklumkan sebahagian jalanraya daripada empat lorong di Kampung Tasek Meradun berdekatan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah tertimbus akibat berlakunya tanah susur kira-kira jam 5.30 petang ini. Oleh yang demikian Jabatan berkenaan ingin memaklumkan kepada orang ramai yang menggunakan jalanraya tersebut kerja-kerja memindahkan tanah susur akan dilaksanakan sebaik sahaja tiada lagi pergerakan tanah dikawasan terbabit bagi memastikan keselamatan pekerja yang membuat kerja-kerja membaik pulih nanti. Laluan tersebut adalah ditutup sementara sehingga kerja-kerja selesai. Menurut Jabatan Jalanraya kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan mengakibatkan tanah susur. |
||
|
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional) dan Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan) juga berada di tempat kejadian untuk melihat secara dekat keadaan kawasan tersebut.
|
|||