![]() |
||
|
|
|
|
|
|
||
|
PENYAMPAIAN
BUKU KENANGAN PENERBANGAN
|
||
|
Majlis penyerahan Buku Kenangan Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari tahun 1979 hingga 2008 Sempena memperingati Ulang Tahun ke-29 Penubuhan Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga Memperingati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Genap 40 Tahun Menaiki Tahta pada tahun ini sebagai Sultan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-29. Buku Kenangan tersebut telah diserahkan kepada Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan oleh Yang Mulia Mejar (U) Awang Haji Mohd Albadi Shah Noel, Pegawai Eksekutif Sultan’s Flight. Majlis tersebut diadakan di Bilik Silubang Bangsi pada sebelah petang, Kementerian Pembangunan. |
||
|
|
||