![]() |
||
|
|
|
|
|
|
||
|
MAJLIS
MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL |
||
|
Majlis membaca Surah Yasin dan Bertahlil telah diadakan pada sebelah pagi di Surau Kementerian Pembangunan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bertahlil beramai-ramai dan seterusnya doa selamat diketuai oleh Yang Mulia Awang Yahya bin Haji Mohammad, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya. Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan),Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Rashid bin Haji Abd Rahman, Ketua Pengarah Kerja Raya, Yang Mulia Awang Haji Ishak bin Haji Abu Hanifah, Pemangku Pengarah Pentadbiran & Kewangan, Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Unit, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal. |
||
|
|
||