MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
 

Majlis membaca Surah Yasin dan Bertahlil telah diadakan pada sebelah pagi di Surau Kementerian Pembangunan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bertahlil beramai-ramai  dan seterusnya doa selamat diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Razimey bin Haji Salleh, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan),Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Rashid bin Haji Abd Rahman, Ketua Pengarah Kerja Raya, Yang Mulia Awang Haji Ishak bin Haji Abu Hanifah, Pemangku Pengarah Pentadbiran & Kewangan, Kementerian Pembangunan,  Ketua-Ketua Unit, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan Perkhidmatan Bangunan.