MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
 

Majlis membaca Surah Yasin dan Bertahlil telah diadakan pada sebelah pagi di Surau Kementerian Pembangunan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bertahlil beramai-ramai  dan seterusnya doa selamat diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Tassan bin Haji Mohammad dan Awang Haji Abdullah bin Haji Metali, Pegawai Perumahan, Jabatan Kemajuan Perumahan.

 

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Zin bin Awang Haji Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang mulia Pengiran Haji Mohiddin bin Pengiran Mohd Daud, Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Awang Haji Ishak bin Haji Abu Hanifah, Pemangku Pengarah Pentadbiran & Kewangan, Kementerian Pembangunan,  Ketua-Ketua Unit, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kemajuan Perumahan.