|
KERETA BERHIAS KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
||
|
|
||
|
Penyertaan Kereta Berhias Kementerian Pembangunan sekali lagi telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Kereta Berhias sempena sambutan Ulang Tahun ke-60 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Pertandingan diadakan pada malam Sabtu, 5hb Ogos 2006 bersempena Malam Serumpun Seri 60 dimana acara kemuncaknya telah diadakan di Taman Sir Omarali Saifuddein di ibu negara. Pasukan Brunei LNG telah menjadi Johan dalam pertandingan ini dan Naib Johan pula jatuh kepada penyertaan dari Pasukan Gabungan BSP, BST dan BSM. Dalam penyertaan yang serupa di tahun lalu juga telah mendapat tempat yang ketiga.
|
||