MAJLIS DOA SELAMAT KESYUKURAN DI ATAS

PENGANUGERAHAN BINTANG KEBESARAN

 

   

 

Satu majlis doa selamat kesyukuran diadakan di atas penganugerahan Bintang Kebesaran Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) bagi Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar pada 15 Julai 2006 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Majis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya doa selamat oleh Imam Awang Haji Muslim bin Haji Abd Razak, Imam Masjid Mohammad Bolkiah, Kampong Serusop.

Hadir bersama dimajlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin Orang Kaya Hj Hanafiah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Majlis pada petang itu diadakan di Tingkat 6, Kementerian Pembangunan dan majlis berakhir dengan sessi bergambar beramai-ramai.