ROMBONGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BERTEDARUS,

KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA

DI MASJID STKRJ LAMBAK KIRI

 

 

   

 
 

Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya hari ini mengadakan majlis bertedarus, Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Masjid STKRJ Lambak Kiri. 

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar. Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Abang Haji Hanifah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. 

Majlis bertedarus bermula pada pukul 4.15 petang dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ketua Imam Masjid STKRJ Lambak Kiri, Awang Haji Jufri bin Haji Hidup diikuti dengan Khatam Al-Quran dan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya berbuka puasa. 

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Abang Haji Abu Hanifah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya dan  ahli jawatankuasa-jawatankuasa Masjid dan juga penduduk-penduduk Kampong STKRJ Lambak Kiri. 

Majlis Tedarus itu dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan sendiri yang dihadiri kira-kira 250 orang.