KEJOHANAN KUIZ SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM |
|||
|
|
|||
|
Kementerian Pembangunan telah menjadi Johan dengan memungut 43 mata setelah mengalahkan Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam Pertandingan Akhir Kuiz Perkhidmatan Awam Kali Ke-9 yang diadakan pada Hari Selasa, 16 Januari 2007 bertempat di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei pagi tadi. Finalis-finalis Kementerian Pembangunan terdiri daripada Awang Eddy Nor Ezwan bin Haji Mahmud, Dayang Hajah Rosani bte Haji Abdul Hamid, Dayang Marlinawati bte Haji Bagol dan Dayang Hajah Kamsiah bte Haji Saini. Awang Eddy Nor Ezwan bin Haji Mahmud adalah finalis terbaik yang telah memungut mata tertinggi. Sebanyak 12 buah Kementerian termasuk Kementerian Pembangunan telah menyertai pertandingan kuiz tersebut. Syabas diucapkan kepada Kementerian Pembangunan!
|
|||
|
|
|
||
|
|
|
||