|
LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN |
||
|
|
||
|
Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien telah membuat lawatan kerja ke beberapa kawasan projek. Mula-mula tempat yang dilawati ialah kawasan kuari yang terdapat di Kampong Madewa, Jalan Tutong dan seterusnya melihat tapak penempatan kuari bertempat di Serasa dan Mengsalut, Muara. Timbalan Menteri Pembangunan kemudian meneruskan lawatan ke perumahan rumah teres yang baru siap di kawasan Perumahan Kampong Mentiri. Juga hadir dalam rombongan lawatan tersebut ialah Yang Mulia, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan) Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan serta Jabatan-Jabatan dibawahnya.
|
||
|
|
||
|
|
||