LAWATAN MENTERI PEMBANGUNAN KE TAPAK PROJEK

 

 

   

 
 

Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan mengadakan lawatan ke beberapa tapak projek bertempat di  Seria, Kuala Belait.  Turut bersama-sama dalam rombongan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional) Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan) Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin Orang Kaya Hj Hanafiah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Antara projek-projek yang dilawati ialah tapak pengambilan pasir yang terdapat di Sungai Paku, Seria dan cadangan penempatan tapak membuang sampah yang juga di tempat yang sama.

Disebelah petang pula, Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan rombongan meneruskan lawatan ke tapak projek air, 'Sungai Liang Treatment Plant Project'.