MAJLIS PENYEMPURNAAN PENGANUGERAHAN

LOT-LOT DAN GERAN-GERAN TANAH

 

 

 

 

 

 

Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Lot-lot Tanah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Lambak Kiri, Berakas, Anak-anak Kunci Rumah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Tungku (Katok A), Kampong Mata-Mata (Katok B), Kampong Rimba dan Rumah Kembar Kampong Rimba, Gadong, Perumahan yang dimajukan oleh Pemaju di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Tungku (Katok A), Kampong Rimba, Gadong dan Kampong Madang serta Geran-geran Tanah di bawah Skim Penggeranan Tapak Rumah di atas Tanah Lesen Tumpang Sementara bagi Daerah Brunei dan Muara.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung ke Dewan Sekolah Rendah Kapok, Muara oleh Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar dan Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

 

Juga hadir ke majlis tersebut ialah Menteri-Menteri Kabinet, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha-setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung bersama-sama membaca Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara dan seterusnya sembah alu-alaun oleh Yang Mulia Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar untuk menyempurnakan Penganugerahan Lot-lot Tanah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Lambak Kiri, Berakas, Anak-anak Kunci Rumah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Tungku (Katok A), Kampong Mata-Mata (Katok B), Kampong Rimba dan Rumah Kembar Kampong Rimba, Gadong, Perumahan yang dimajukan oleh Pemaju di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampng Tungku (Katok A), Kampong Rimba, Gadong dan Kampong Madang serta Geran-geran Tanah di bawah Skim Penggeranan Tapak Rumah di atas Tanah Lesen Tumpang Sementara bagi Daerah Brunei dan Muara kepada 121 penerima.

 

Selepas selesai majlis tersebut, doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Brunei dan Muara.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian dijunjung berangkat membuat lawatan mengikut laluan-laluan yang telah dikenalpasti ke Sekolah Rendah Kapok Muara, rumah Ketua Kampong Kapok, ke beberapa rumah-rumah penerima di Kawasan Kampong Lambak Kiri, Kampong Rimba, Gadong, Kampong Tungku (Katok A) dan juga ke beberapa tempat Kawasan Perindusterian di Lebuhraya Tutong-Muara dan Beribi II, Gadong.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam kemudian dijunjung oleh Yang Berhormat, Menteri Pembangunan ke Majlis Santap di Centre Point.