MAJLIS BERTAHLIL KEMENTERIAN PEMBANGUNANDI KUBAH MAKAM DIRAJA
|
|||
|
|
|||
Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya mengadakan majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman pada pukul 1 petang.Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Abang Haji Abu Hanifah. Seramai lebih kurang 300 orang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah menghadiri majlis tersebut. Bacaan tahlil yang diikuti dengan doa arwah telah diketuai oleh Imam Pg. Haji Rosman bin Pg. Haji Shahbudin. Majlis bertahlil seumpana ini adalah sebahagian daripada kegiatan keagamaan yang dikendalikan oleh Kemeneterian Pembangunan sendiri dan bersempena dengan sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak. |
|||
|
|
|
||
|
|
|||