MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI BRUNEI/MUARA DAN TUTONG

 

 

 
     
 

Jabatan Perkhidmatan Air memaklumkan kepada orang ramai bahawa kawasan di Daerah Brunei/Muara dan Tutong telah mengalami gangguan bekalan air pada 29 November 2006 dari jam 9 malam sehingga kerja selesai dilaksanakan.  Gangguan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja penggantian injap Sungai Burong Pam no.3 di Loji Rawatan Air Layong.

Kawasan-kawasan yang terlibat menerima tekanan air rendah atau gangguan air adalah di kawasan Kampung Katimahar, Kampung Panchor Murai, Kampung Tanjung Nangka, Jalan Jerudong, Kampung Sengkurong, Kampung Selayun, Kampung Tanjung Bunut, Kampung Dadap, Kampung Anggerek Desa, Kampung Pulaie, Kampung Orang Kaya Besar Imas, Kampung Sungai Akar, Kampung Delima I & II, Kampung Sungai Hanching, sepanjang Jalan Gadong, Jalan Muara, Kampung Lumapas, Kampung Sungai Kebun, Kampung Kasat, Kampung Putat, Kampung Menunggol dan Kampung Air.

Manakala kawasan yang terbabit di Daerah Tutong adalah di Jalan Lamunin, Kampung Batang Mitos, Kampung Birau, Bukit Durian, Kampung Sinaut, Kampung Bukit Panggal, Kampung Keriam dan Kampung Kupang.

Jabatan berkenaan ingin memohon kerjasama orang ramai supaya akan dapat mengelakkan pembaziran air.  Pengguna-pengguna adalah dinasihatkan supaya akan dapat menyimpan air sebelum waktu penggantian.

Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan bekalan air tangki bolehlah berhubung ke Pusat Pemedulian Pelanggan, Jabatan Perkhidmatan Air melalui talian 140, 2223015, 2222428, 2222429 atau 4221212.