KUNJUNGAN HORMAT RAKAN SEJAWAT DARI MALAYSIA

   

 

 
 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha, Kementerian Kerjaraya Malaysia, Dato’ Syed Jamal bin Syed Ja’afar dan Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Suboh bin Md. Yassin.

Turut hadir bersama ialah Setiusaha Tetap(Teknikal), Yang Mulia, Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiusaha Tetap (Pentadbiran) Awang Haji Brahim bin Haji Ismail dan Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin Orang Kaya Hj Hanafiah.

Kunjungan hormat tersebut bertempat di Bilek Silubang Bangsi, Tingkat 6, Kementerian Pembangunan dan ia nya adalah salah satu program lawatan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Malaysia/Brunei Darussalam ke 8.