|
MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM/ KETUA KAMPONG DAERAH |
|||
|
|
|||
|
Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim telah mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan untuk menghadiri Majlis Perjumpaan Ahli-Ajhli Lembaga Pengelola Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Bersama Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Rumah Panjang Serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Bagi Daerah Temburong yang diadakan di Dewan Belalong. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan ucapan alu-aluan dan Taklimat Perkembangan dan Pencapaian serta program atau aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong disampaikan oleh Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Seterusnya taklimat ringkas mengenai dengan Peraturan Lembaga Pengelola Majlis Perundingan Mukim dan Kampung 2006 disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Adnan bin Haji Hanafiah, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Ucapan juga disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang juga Selaku Pengerusi Lembaga Pengelola Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Selesai ucapan, perbincangan dan sesi soal jawab dengan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong dimulakan. Antara lain tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberi peluang masyarakat khususnya di Daerah Temburong dengan jelas lagi mengetahui akan ujudnya Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang baru ditubuhkan dan juga memberi peluang keemasan penduduk-penduduk mukim/kampung untuk mengutarakan apa jua masalah atau soalan-soalan yang dikenal pasti supaya akan dapat di selesaikan/di dangani dengan baik dan sempurna. Majlis ini adalah julung-julung kali diadakan dan Daerah Temburong telah dipilih sebagai Daerah pertama bagi majlis perjumpaan tersebut. Antara yang lain hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Kewangan, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Kewangan, Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan lain-lain. Semasa berada di Daerah Temburong, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional) juga berkesempatan membuat lawatan ke tapak projek iaitu kolam renang di mini stadium dan Bangunan Bumiputra bersama-sama Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan. |
|||
|
|
|
||
|
|
|||