MUSABAQAH TILAWATIL AL-QURAN,

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA

 

 

Majlis tesebut telah diadakan di Dewan Pusat Dakwah, jam 2 petang dan  Tetamu Kehoramat nya ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat, Pehin Orang kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar. 

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Setiausaha Tetap (Teknikal & Proffesional), Yang Mulia, Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Ai-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Penceramah Jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah, Ustaz Haji Ismail bin Md. Arif dan seterusnya uacapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Yang Mulia, Awang Haji Mohd Alimin bin Haji Tanjong, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya.

Ceramah khas telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan selepas sahaja selesainya pertandingan Musabaqah diadakan.

Johan bahagian Qari ialah Awang Haji Lihan bin Haji Ibrahim dari Jabatan Perancang, Bandar dan Desa, Naib Johan ialah Awang Haji Amili bin Haji Yusof dari Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya dan pemenang Ketiga ialah Awang Haji Tassan bin Haji Mohammad dari Jabatan Kemajuan Perumahan.  Manakala Johan bahagian Qariah ialah Dayang Hajah Norsalam bte Haji Abd Lamit dari Pejabat Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya, Naib Johan ialah Dayang Hajah Kustina bte Hj Maaruf dari Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya dan pemenang Ketiga ialah Dayang Hajah Fatimah bte Haji Bair dari Jabatan Ukur.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Menteri Pembangunan.

Majlis tersebut dihadiri lebih dari 200 warga Kementerian Pembangunan dan pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Pentadiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya.