TAKLIMAT "OPPORTUNITY FRAMING"

 

Kementerian Pembangunan telah mengadakan taklimat bagi Pegawai-pegawai Kanan di Kementerian ini yang bertajuk ‘Opportunity Framing’ pada 5hb Ogos 2006. Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai-pegawai Syarikat Minyak Shell Brunei(BSP) iaitu Awang Idris Md Jaafar dan Awang Leong Voon Choon. 

Majlis taklimat didahului dengan bacaan surah Al Fatihah serta ucapan dan alu-aluan dari Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Majeedah Nurul Bolkiah. Bersama hadir juga untuk mendengar taklimat tersebut ialah Yang Mulia Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Setiausaha Tetap Teknikal dan Yang Mulia Timbalan Setiusaha Tetap Kementerian tersebut.

Dalam kata-kata aluan Yang Berhormat Menteri bahawa Kementerian Pembangunan manyambut baik taklimat yang akan disampaikan kerana ianya penting dan menarik dan boleh membantu dalam meringankan prestai kerja peserta.