MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM DAERAH BELAIT

 

 

   

 
 

Majlis tersebut diadakan di Dewan Santap, Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait dan  Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail telah menjadi Tetamu Kehormat. 

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran dan selepas itu ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia, Awang Haji Mohammad bin Haji Abd Rahman, Pegawai Daerah Belait selaku Pengerusi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam bagi Daerah Belait.

Kemudian di ikuti dengan ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat yang mana antara ainnya beliau berkata dalam menjalankan tugas seharian, anggota perkhidmatan awam sudah semestinya didedahkan dengan tekad pemedulaian orang ramai di Jabatan masing-masing dan ia sudah menjadi amalan sejak sekian lama.  Beliau seterusnya berkata atas inisiatif Jabatan Perdana Menteri dalam perkhidmatan awam telah dapat meneliti semula wawasan, misi dan perancangan strategic masing-masing supaya semuanya selaras dan sejajar dengan wawasan dan pembangunan negara. 

Yang Mulia Tetamu Kehormat seterusnya berkesudian menyampaikan sijil persaraan kepada pegawai-peagawai Kerajaan yang bersara. 

Selesai doa selamat di bacakan Yang Mulia Tetamu Kehormat menyaksikan pameran dan berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan.