|
PAIP PEMBETUNGAN PECAH DI JALAN KUMBANG PASANG DEKAT S.T.P.R.I |
|||
|
|
|||
|
Jabatan Kerja Raya (JKR) ingin memaklumkan bahawa kejadian air yang melimpah di Jalan Kumbang Pasang berdekatan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (S.T.P.R.I) pada pagi tadi adalah disebabkan paip tekanan pembetungan pecah. Oleh yang demikian, JKR merasa kesal dan dukacita di atas kejadian yang tidak dijangkakan ini. Walaubagaimanapun kerja-kerja membaikpulih paip pembetung tersebut sedang dilaksanakan oleh Pihak Pemborong sehingga kerja-kerja selesai. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Kerja Raya memaklumkan dan menasehatkan kepada pengguna jalan raya yang melalui Jalan Kumbang Pasang supaya berhati-hati dan mematuhi tanda-tanda isyarat keselamatan jalan raya semasa penutupan separuh jalan raya tersebut bagi melaksanakan kerja membaikpulih ke atas pembetungan berkenaan.
|
|||
|
|
|
||
|
|
|||