|
TAJAAN ’PAPER BAGS’ |
||
|
|
||
|
Penyerahan tajaan berupa ’paper bags’ sebanyak 1,000 keping daripada Insurans Islam TAIB telah berlangsung disebelah pagi di Bilik Liputan Madu, Tingkat 5, Kementerian Pembangunan. Mewakili Kementerian Pembangunan, Awang Haji Zulikipli bin Haji Abdullah, Pegawai Perhubungan Awam Kanan telah menerima sumbangan tajaan tersebut daripada Awang Haji Osman bin Haji Md Jair, Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB. Insurans Islam TAIB dengan tulus ikhlas bersetuju memberikan sumbangan tersebut bagi kegunaan menyimpan cenderahati sempena Pelancaran Hari Pelanggan Kementerian Pembangunan 2007 yang akan diadakan pada Hari Isnin, 29 Januari 2007. Insurans Islam TAIB adalah juga diantara peserta yang akan mempamerkan produk-produk mereka semasa Hari Pelanggan tersebut yang mana akan dibukakan kepada orang ramai selama 10 hari bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang. |
||
|
|
||
|
|
||