|
MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM DAERAH TEMBURONG |
|||
|
|
|||
|
Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim menjadi Tetamu Kehormat di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan yang diadakan disebelah pagi di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong. Selepas bacaan Ayat Suci Al-Quran, majlis seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia, Awang Haji Abdoh bin DSS Haji Abd Salam, Pemangku Pegawai Daerah Temburong selaku Pengerusi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam bagi Daerah Temburong. Kemudian di ikuti dengan ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat yang mana antaralain nya beliau berkata tema ‘Perkhidmatan Mesra Pelanggan’ adalah sangat bertepatan dengan peranan Perkhidmatan Awam sebagai pemudahcara kepada orang ramai yang berurusan dengan Kerajaan. Beliau juga menyentuh titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-55 tahun pada 15 Julai 2001 antaralain titah Baginda Kementerian-Kementerian mestilah terus memberikan tumpuan dan komitmen ke arah meningkatkan prestasi organisasi dan sumber tenaga manusia dan dalam hubungan ini Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke-21 telah ditetapkan bertujuan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam serta keupayaan di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. Beliau seterusnya menambah bahawa beberapa strategi telah dikenalpasti bagi mendukung wawasan ini antaralain nya saperti pengurusan dan perancangan pembangunan sumber manusia yang lebih sistematik, program pensejajaran dan perancangan strategic Kementerian dan Jabatan, pendedahan kepada teknologi melalui program e-Kerajaan, memperkenalkan Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Penyediaan Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR). Dari itu, beliau berseru kepada semua peringkat anggota Perkhidmatan Awam agar akan memainkan peranan dan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih komited, dedikasi, pro-aktif serta sentiasa mempunyai keupayaan dan kefahaman untuk berdaya saing serta keyakinan diri yang jitu dan dengan pengalaman luas yang diperolehi semasa berkhidmat sebagai warga Perkhidmatan Awam, masing-masing akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan justeru itu akan menjalani hidup persaraan bersama keluarga yang penuh bahagia dan mendapat kejayaan yang berterusan. Yang Mulia Tetamu Kehormat seterusnya berkesudian menyampaikan sijil persaraan kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang bersara. Majlis kemudian diikuti dengan ceramah Perkhidmatan Awam bertajuk ‘Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam’ oleh Yang Mulia Awang Haji Duraman bin Tuah, Penolong Pengarah Institut Perkhidmatan Awam. Sebelum majlis bersurai doa selamat di bacakan. |
|||
|
|
|
||
|
|
|||