MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE 13

 

 

 

Majlis tersebut telah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat.

Setelah selesai majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Projek-Projek Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam dan Penyampaian Sijil Persaraan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan yang telah bersara, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menyaksikan pameran yang berlangsung diruang legar pusat berkenaan disertai oleh semua kementerian termasuk Kementerian Pembangunan.  Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim menjunjung dan meberikan penerangan mengenai dengan fungsi dan tanggungjawab Kementerian Pembangunan semasa keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ke pameran Kementerian tersebut.

Kumpulan Kompos, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi adalah antara pemenang bagi Projek-Projek Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam Bahagian Kewangan semasa majlis tersebut dan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Matassan bin Haji Mohd Daud adalah antara penerima sijil persaraan bagi  Pegawai-Pegawai Kerajaan yang bersara.

Tema bagi sambutan tahun ini ialah Perkhidmatan Awam Mesra Pelanggan.  Antaralain tujuan pameran tersebut yang bemula pada 30 September hingga 03 Oktober 2006 ialah untuk memberi peluang orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat mengenai fungsi dan tanggungjawab sesebuah Kementerian dan Jabatan Kerajaan.