MAJLIS PENUTUPAN RASMISUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN |
|||
|
|
|
||
|
Penutupan Rasmi Sukan Kementerian-Kementerian anjuran Jabatan Belia dan Sukan telah berlangsung sebelah petang di Stadium Negara, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Tetamu Kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir mewakili Kementerian Pembangunan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Zin bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya dan Yang Mulia Awang Haji Wasil bin Haji Mohd Taib, Pegawai Tugas-Tugas Kanan Kementerian Pembangunan. Kementerian Pembangunan telah menghantar seramai 112 peserta untuk menyertai sukan tersebut. Dalam acara Lompat Kijang Awang Azli bin Haji Md. Daud dari Jabatan Kemajuan Perumahan berjaya merangkul pingat emas dan beliau juga berjaya merangkul pingat perak dalam acara Lompat Jauh. Manakala Pasukan Bola Jaring Wanita telah berjaya mendapat tempat ketiga dan Pasukan Futsal (Terbuka) juga berjaya mendapat tempat ketiga. Kementerian mendapat tangga keenam dari dua belas Kementerian yang menyertai sukan tersebut. Syabas diucapkan kepada Kementerian Pembangunan!
|
|||