|
|
||
|
KEJOHANAN LUMBA PERAHU ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
|
||
|
Acara tersebut telah diadakan di Pantai Serasa, Muara dan Kementerian Pembangunan telah menyertai dua acara pada hari tersebut iaitu 15 orang pekayuh dan 20 orang pekayuh. Kementerian Pembangunan telah mendapat tempat ketiga dalam acara 15 orang pekayuh dan menjadi naib johan dalam acara 20 orang pekayuh. Acara tersebut telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Lumba Perahu dan Motor Sangkut Bagi Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan bagi Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang ke 60 Tahun bagi Daerah Brunei dan Muara. |
||