SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2006

 

   

 
 

 
   
 

Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2006 dikendalikan oleh Jabatan Perancang, Bandar dan Desa yang bertemakan Perancangan Untuk Kehidupan Syumul (Planning Today For A Better Tomorrow) diadakan di The Mall Gadong. 

Tetamu  Kehormat ialah Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan. Semasa pelancaran tersebut, beliau berucap Perancangan Bandar dan Desa merangkumi semua aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat termasuk social,ekonomi, pendidikan, agama, perhubungan dan isu tanah sekaligus penyediaan pelan perancangan guna tanah yang sempurna adalah sesuatu langkah yang penting. 

Yang Berhormat Pehin Menteri menambah adalah juga penting bagi semua Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Anak Buah masing-masing serta orang ramai supaya akan melibatkan diri dalam penyediaan awal pelan Perancangan Kemajuan Negara dengan megikuti sesi dialog atau jerayawara yang akan diatur.  Pembabitan mereka ini amat penting dari segi membolehkan setiap keperluan masyarakat masyarakat dan sektor di kenal pasti supaya dapat dirangkum dalam perancangan guna tanah strategi kemajuan negara. 

Beliau juga menyentuh penyediaan rancangan guna tanah memerlukan penyelidikan teliti, maklumat yang lengkap serta analisis yang jitu supaya dapat meghasilkan perancangan yang teratur dan seimbang.  Antara hasrat dan matalamat Rancangan Kemajuan Negara Kelapan adalah memperbaiki kehidupan rakyat dan penduduk negara ini serta mewujudkan suasana alam sekitar yang bersih serta sihat.  Perancangan bagi sesuatu kemajuan akan melibatkan banyak pihak termasuk yang mampan serta kawasan yang bersih dan selamat.

Katanya lagi, pelan perancangan yang sudah dan akan disediakan di bawah projek Rancangan Kemajuan Negara menggariskan strategi perancangan fizikal negara ini bagi jangka waktu tertentu termasuk kajian semula pelan induk negara yang digariskan bagi tempoh 25 tahun akan datang bermula 2006 hingga 2025.  Beliau mengakhiri ucapan dengan menekankan harapan Kementerian Pembangunan untuk menggubal dasar dan garispandu untuk menangani keperluan ke arah yang lebih sempurna dan berkesan bagi mengelakkan kemalangan dan pencemaran pemandangan. 

Yang Berhormat Pehin Menteri juga berkesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan esei yang mana terbuka kepada penuntut-penuntut Menengah Atas di seluruh negara dan menyaksikan pameran. 

Juga hadir ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional),  Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kementerian Pembangunan.