|
KEPENTINGAN PIAWAIAN UNTUK KESELAMATAN |
||
|
|
||
|
|
Majlis Hari Piawaian Sedunia 2006 diadakan petang tadi di Dewan Bilik Bertabur, Kementerian Pembangunan dan dikendalikan oleh Unit Penyelidikan dan Perancangan Pembinaan. Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan. |
|
|
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya Awang Haji Abd Gapar bin Haji Abdullah, Ketua Unit Penyelidikan dan Perancangan Pembinaan memberikan ucapan alu-aluan. Seterusnya Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam ucapannya antaralain berkata piawaian memainkan peranan penting dalam menjadikan dunia sebagai tempat yang selamat. Piawaian antarabangsa sangat berguna bagi Kerajaan dalam membina asas saintifik dan teknologi bagi peraturan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar seperti piawaian pengangkutan, keselamatan di rumah dan tempat kerja serta pembinaan. Yang Berhormat Pehin Menteri juga menyentuh dengan ISO yang melaksanakan piawaian keselamatan dalam bangunan termasuk kecemasan, kebakaran dan sistem kecemasan. Yang Berhormat seterusnya berharap keselamatan tapak binaan dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan dengan menyokong inisiatif kontrektor untuk mengadakan latihan bagi melaksanakan keperluan keselamatan berkenaan. Majlis tersebut diteruskan dengan taklimat mengenai ‘Standards and Conformity Assessment Activities’ yang telah disampaikan oleh Dayang Rosalind Khan, Pegawai Kanan Unit Penyelidikan dan Perancangan Pembinaan. Kemudian taklimat mengenai ISO 9001 Implementation – ‘Challenges and Benefits’ disampaikan oleh Pegawai-Pegawai Kanan daripada Jabatan Ukur dan beberapa jabatan di Jabatan Kerja Raya seperti Jabatan Kemajuan, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Perkhidmatan Air. Seterusnya majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil ISO kepada Jabatan-Jabatan dibawah Kementerian Pembangunan, TECO (Timber) dan pengiktirafan dalam TQM yang juga disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Menteri Pembangunan. Yang Berhormat Pehin Menteri kemudiannya berkesudian menyaksikan Pameran Keselamatan yang dikendalikan oleh Unit Keselamatan, Jabatan Kerja Raya. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional) dan Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan.
|
||