|
PENGURNIAAN PINGAT KEHORMATAN BRUNEI |
||
|
|
||
|
Seramai 9 pegawai Kementerian Pembangunan adalah di antara 689 penerima Pingat Kehormatan Brunei yang berlangsung pagi tadi di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-60 tahun. Majlis pengurniaan pingat Kehormatan Brunei disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) ialah Dayang Noripah bte Haji Marali. Sementara itu 5 pegawai menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) ialah Dayang Noraini bte Haji Md. Hussain, Awang Haji Zakaria bin Haji Md. Tarip, Dayang Hajah Maritolkamsiah bte Haji Nayan, Awang Ismail bin Haji Abdullah dan Awang Sulaiman bin Haji Kamaluddin. Manakala 3 Pegawai menerima Pingat Kerja Lama (PKL) ialah Awang Haji Zulkipli bin Haji Abdullah, Awang Haji Rosli bin Haji Ibrahim dan Dayang Hajah Fatimah bte Haji Latip. Tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai tersebut! |
||
|
|
||
|
|
||