| |
Kementerian Pembangunan diberi tanggungjawab untuk menyediakan asas penting bagi
memastikan negara terus maju dengan memegang falsafah Melayu Islam Beraja. Dalam usahanya
untuk berkhidmat pada rakyat Negara Brunei Darussalam, ia menjunjung kedaulatan Sultan dan
mengamalkan nilai Islam dan ciri-ciri budaya Melayu.
Kementerian ini juga mengikuti arah ekonomi yang telah ditetapkan untuk negara dengan
berusaha memajukan industri pembinaan sebagai satu sektor yang berkeupayaan selain
daripada industri minyak dan gas serta membantu pengusaha-pengusaha Bumiputera berjaya
dalam perniagaan mereka. Teras tanggungjawab ini akhirnya akan berhasil dengan kemunculan
sebuah entiti perniagaan Brunei yang boleh memandu negara ini ke masa depan yang cerah dan
mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Dalam memainkan peranannya, Kementerian ini juga melengkapkan dirinya dengan teknologi
terkini dan segala keperluan asas. Ia berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan
tenaga kerja tempatan melalui latihan dan pembaikan yang berterusan. Dengan peralatan
terkini dan sumber tenaga manusia yang cekap, tahap pengeluaran dan mutu yang lebih tinggi
akan dapat dicapai.
Di samping menggalakkan pembangunan yang berterusan, pemeliharaan alam sekitar tidak harus
diabaikan. Sebenarnya, ini adalah satu daripada prinsip yang dipegang kuat oleh
Kementerian dalam pembangunan segala projek kemajuan. Alam sekitar merupakan satu aset
negara yang mesti dipelihara.
Kementerian Pembangunan mengandungi enam unit dan 13 jabatan yang menyediakan
berbagai-bagai perkhidmatan termasuk melatih para pekerja, menyediakan infrastruktur asas
seperti jalan raya, saliran dan pengairan, pembentungan dan perkhidmatan air dan elektrik.
Sepadan dengan moto yang menerangkan dengan jelas disiplin dan komitmen Kementerian, para
pegawai dan pekerja Kementerian Pembangunan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan bermutu
tinggi demi memenuhi kepuasan para pengguna.
|
|
| |
The Ministry of Development has been entrusted the task of providing the
necessary foundation for the continuous growth of the nation while still upholding the
basic tenets of a Malay Islamic Monarchy. Thus in its efforts to serve the society of
Brunei Darussalam, it upholds the sovereignty of the Monarchy and practices
Islamic values
and Malay culture.
In addition, the Ministry also aligns itself with the economic direction outlined for the
country through the promotion of the construction industry as a viable alternative
economic sector to the oil and gas industries and assisting local entrepreneurs to achieve
success in their business endeavors. This thrust will eventually bear fruit in the
formation of a strong Bruneian business entity that can lead the country into the next
millennium as an international force to reckon with.
In carrying out its role, the Ministry equips itself with the latest cutting-edge
technology and resources. It strives to raise the skills and expertise of the local
workforce through constant training and upgrading. With the latest equipment and highly
efficient human resources, greater levels of productivity and quality can be achieved.
While promoting constant development in the country, environmental conservation is not
forsaken. In fact, it is one of the principles to which the Ministry adheres in any
development project it undertakes. The environment is one of the vital assets of the
country which must be religiously preserved.
The Ministry consists of 6 units and 13 departments which provide a wide range of services
ranging from training of human resource to laying down basic infrastructure such as roads,
drainage and sewerage facilities and providing utilities services. In line with its motto
which clearly expresses its discipline and commitment, the officers and staff of the
Ministry of Development are always ready to provide the highest quality of service and
consumer satisfaction to the public.
|
|