Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Bengkel dan Forum Keselamatan dalam Pembinaan Sempena Hari Keselamatan 2017

SIARAN AKHBAR

Bengkel dan Forum Keselamatan dalam Pembinaan

Sempena Hari Keselamatan 2017

 

29 April 2017, Yang Mulia Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria, Ketua Pengarah Kerja Raya, selaku Tetamu Kehormat Majlis di Majlis Pelancaran Bengkel dan Forum Keselamatan dalam Pembinaan Sempena Hari Keselamatan 2017 bertempat di Bilik Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Bengkel dan forum yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya dengan Kathis Management Services, sebagai Pengurus Majlis dengan sokongan Kementerian Pembangunan dan Jabatan Tenaga dan Industri Jabatan Perdana Menteri, merupakan usaha berterusan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dalam memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran dan perlaksanaan aspek keselamatan dan kesihatan terutama di sektor pembinaan.

 Antara lain objektif utama bagi mengadakan Bengkel dan Forum Keselamatan Dalam Pembinaan sempena Hari Keselamatan Sedunia adalah sebagai salah satu inisiatif Jabatan Kerja Raya dalam mempromosi dan memberi kesedaran mengenai kepentingan Kesihatan dan Keselamatan dalam Pembinaan serta bagi merapatkan rangkaian hubungan kerjasama (networking) dengan pihak swasta di dalam Sektor Industri Pembinaan agar dapat mereka memahami konsep mengenai Keselamatan Tanggungjawab Semua (Safety is Everybody's Responsibilities).

Di masa yang sama, forum ini juga adalah bagi menyemai sifat dan Budaya Keselamatan (Safety Culture) di kalangan kontraktor dan pihak yang berkepentingan. Menurut statistik kemalangan yang dikumpul oleh Jabatan ini, industri pembinaan adalah industri yang banyak menyumbang kepada kemalangan dan kematian terutama dalam projek yang dikendalikan oleh pihak swasta.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya juga turut memberi penekanan mengenai kepentingan Pelan HSE Projek (Project HSE Plan) yang mana perlu disediakan oleh setiap kontraktor bagi setiap projek yang mereka laksanakan.

Penerangan mengenai garispandu dan keperluan penyediaan Pelan HSE Projek akan diberikan oleh pakar keselamatan dari Jabatan Kerja Raya yang mana penyelia-penyelia projek dari pihak kontraktor akan berpeluang untuk membahaskan dan membincangkan keperluan ini semasa forum berkenaan bersama pakar keselamatan lain yang diundang khas.

Penal yang di jemput bagi forum ini adalah terdiri daripada pakar-pakar dari Jabatan Kerja Raya dan China State Construction Engineering Corporation Ltd serta Yang Mulia, Awang Abdul Rahman Sirat dari Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei yang juga akan menyampaikan bengkel mengenai Penilaian Risiko, Aktiviti Berisiko Tinggi dalam Pembinaan, Perancangan dan Tindakan dalam Kecemasan, Penyiasatan kemalangan dan Pemantauan serta Audit dan Penilaian.

Dihasratkan agar usaha berterusan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tapak binaan adalah terjamin, kerjasama berterusan dan penglibatan sektor swasta adalah langkah yang berkesan dan terbaik bagi menuju Wawasan Brunei 2035 iaitu dengan memastikan pemeliharaan alam sekitar yang teratur dan menyediakan kesihatan dan keselamatan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya, wakil-wakil World Safety Health National Committee seperti Jabatan Buruh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga orang ramai.

 

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam,

Jabatan Kerja Raya,

Kementerian Pembangunan

 

hse pic.jpg

Attachments