Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Sidang HSSE dalam Pembinaan Brunei ke-2 dirasmi

Oleh Siti Nur Wasimah S. (Media Permata-22 Ogos 2017, ms7)

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Persidangan Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE) dalam Pembinaan Brunei ke-2 telah dirasmikan, hari ini, di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas di mana ia akan berlangsung selama tiga hari sehingga esok.

Hadir bagi menyempurnakan perasmian persidangan  berkenaan, pagi tadi itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Haji Suhaimi bin Haji Ghafar.

Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR), Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dalam ucapannya menyatakan, persidangan dan pameran berkenaan bertujuan untuk bersama-sama mengongsikan pengetahuan dan membincangkan langkah-langkah dalam mencapai paid aningkatkan taraf keselamatan dalam industri pembinaan di Negara ini secara amnya dan projek-projek jabatan khasnya.

"Persidangan ini mengumpulkan stakeholders dalam industry pembinaan kerana isu keselamatan di tapal-tapak pembinaan memerlukan komitmen dan penglibatan dari semua pihak kerajaan, klien, kontraktor, perunding dan pihak awam," jelasnya.

Menurutnya lagi, persidangan dan program berkenaan, adalah kesinambungan daripada pelan tindakan JKR dalam mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di tapak pembinaan di Negara ini secara amnya.

Beliau menyatakan, persidangan berkenaan menyediakan program komprehensif yang melibatkan persidangan, perbincangan, pameran dan lawatan yang mana persidangan menjemput pakar-pakar tempatan dan dari luar Negara iaitu Malaysia untuk bersama-sama mengongsikan pengetahuan dan kepakaran masing-masing.

Persidangan itu memberikan peluang  bagi para professional dan penggiat bidang binaan untuk mendapatkan maklumat terkini dan berkongsi pengalaman serta amalan terbaik bagi bidang kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar dalam pembinaan.

Majlis berkenaan turut mendengarkan ucaptama bertajuk 'Safety Leadership in Construction Industry' yang disampaikan oleh penceramah jemputan, James Wood dari Australia yang telah mengongsikan pengalaman beliau dalam industry pembinaan di negaranya.

Selain itu, majlis turut diselajurkan dengan pelancaran 'Buku Manual Occupational Health & Safety Management System (OHSMS)' yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Menurut Haji Amer Hishamuddin, buku berkenaan disediakan oleh JKR untuk diamalkan di dalam projek-projek jabatan.

Antara perkara-perkara yang penting yang ditekankan dalam buku tersebut adalah kepentingan Hazard Identification, Risk Assessment, Risk Control (HIRARC) di dalam sebarang aktiviti jabatan; polisi keselamatan dan ketentuan perundangan; tanggungjawap dan akauntabiliti setiap pihak berkepentingan, kesiapsiagaan dan respons ketika kecemasan, incident investigation, nonconformity, corrective actions dan tindakan pencegahan.

Beliau menyatakan lagi, manual berkenaan menerangankan elemen-elemen yang terkandung dalam OHSMS yang telah diperkenalkan di JKR yang menjurus kepada perlaksanaan keperluan-keperluan dalam piawaian OHSAS 18001:2007

Beberapa langkah telah pun diambil sebelum pelancaran manual OHSMS berkenaan dengan memberigakan serta mengadakan latihan dan bengkel bagi ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di JKR dan ia akan diteruskan serta di pertingkatkan pada masa akan datang.

Persidangan berkenaan dianjurkan bersama oleh JKR, Pihak Berkuasa Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan, CONFEX, Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek (PUJA) dan Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Kuantiti (BAPEQS).

Ia turut mengetengahkan pameran antarabangsa, BUILDEX yang menampilkan pelbagai produk, perkhidmatan dan trend terkini dalam sector pembinaan termasuk bahan atau produk bagi pembinaan rumah.

Pameran itu mengetengahkan syarikat-syarikat tempatan dan juga mengalu-alukan penyertaan daripada syarikat luar Negara untuk sama-sama hadir mempamerkan produk atau perkhidmatan terkini mereka.


test.jpg


Attachments