Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
SIARAN AKHBAR: ACARA HARI KELUARGA SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUINIA 2018 JABATAN KERJA RAYA



13 Mei 2018, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan telah menghadiri acara Hari Keluarga sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2018 di Jabatan Perkhidmatan Air, Jalan Tasek Lama, Bandar Seri Begawan.

 

Acara diadakan adalah sebagai kesinambungan aktiviti sambutan Hari Air Sedunia yang diadakan setiap tahun pada 22 Mac. Objektif utama acara ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan air dan penjimatannya dalam kehidupan seharian kita.

 

Bagi memberkati acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat. Ianya diikuti dengan sesi senaman aerobik sebelum bermulanya aktiviti Nature Walk di Taman Peranginan Tasek Lama. Aktiviti Tree Planting juga telah diadakan di Kawasan Letak Kereta, Jabatan Perkhidmatan Air. Tetamu Kehormat kemudiannya dibawa melawat ke kawasan-kawasan aktiviti-aktiviti iaitu Garage Sale, bouncer, pameran Haiwan Brunei, aktiviti memanah daripada Ar-Rafi Archery Brunei , Hulk Obstacle Challenge dan pertunjukan kereta-kereta daripada kumpulan peminat-peminat kereta.

 

Di acara ini juga telah diadakan penyampaian hadiah-hadiah bagi pemenang-pemenang bagi Peraduan Melukis Poster Penjimatan Air dan Peraduan Kaji Selidik dan Kuiz sempena Hari Air Sedunia 2018 di Lobi Bangunan Makmal, Jabatan Perkhidmatan Air. Di kesempatan ini pihak Jabatan juga mengadakan pameran Poster-Poster Penjimatan Air dan pameran Pemantauan Kualiti Air.

 

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Professional), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dr  Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd Razak, Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan); Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai di bawah Kementerian Pembangunan; Pegawai-Pegawai serta kakitangan Jabatan Perkhidmatan Air dan juga orang ramai.

Attachments