Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
​SIARAN AKHBAR KERJA-KERJA KECEMASAN PEMBAIKAN PAIP DI JALAN INDUSTRI BERIBI

​Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan inginmemaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja pembaikan paip bocor di kawasan Kg. Beribi berhampiran dengan bangunan Jabatan Pengangkutan Darat telah selesai dilaksanakan pada jam 12.20 tengahari tadi.

Bekalan air akan kembali seperti biasa, walau bagaimanapun ia nya memerlukan masa untuk kembali seperti biasa sepenuhnya, terutama sekali di kawasan-kawasan tinggi kemungkinan akan masih mengalami tekanan air rendah/tiada bekalan air.

Jabatan ini ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani bekalan air rendah tersebut dan jabatan berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.

Sekali lagi, Jabatan Kerja Raya ingin meminta maaf atas perkara ini dan ingin berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai. Sebarang aduan atau permohonan bagi pembekalan air bersih melalui tanker bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123

paip.jpg

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan

Negara Brunei Darussalam​

Attachments