Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
SIARAN AKHBAR MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & SUMBANGAN DERMA AMAL BAGI KEJOHANAN GOLF AMAL 4 PENJURU KEMENTERIAN PEMBANGUNAN TAHUN 2019 DIKELOLAKAN OLEH JABATAN KERJA RAYA

08 Disember 2019, Bandar Seri Begawan, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya buat julung kalinya telah mengadakan Kejohanan Golf Amal 4 Penjuru Kementerian Pembangunan, yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya bertempat di RBA Golf Club.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

Seramai 52 orang peserta telah menyertai kejohanan Golf Amal 4 Penjuru, yang turut disertai oleh tetamu kehormat majlis bersama mantan warga kakitangan Kementerian Pembangunan, konsaltan dan kontraktor.

Objektif bagi kejohanan tersebut:

  1. Memupuk sikap dermawan dan prihatin ke atas golongan yang memerlukan. Hasil kutipan derma akan diserahkan kepada Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) dan Persatuan Sindrom Down.
  2. Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak yang berkepentingan dalam industri pembinaan.
  3. Bagi menggalakkan cara hidup sihat dan aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti sukan
  4. Untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama secara berpasukan (Team Work);

Kejohanan ini disertai oleh 52 peserta yang dibahagikan kepada empat (4) pasukan, iaitu;

  1. Pasukan Kementerian Pembangunan
  2. Pasukan Mantan Pegawai & Kakitangan Kementerian Pembangunan
  3. Pasukan Konsultan
  4. Pasukan Kontraktor

Acara dimulakan dengan penyampaian sumbangan derma amal oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, kepada dua (02) badan amal iaitu Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) dan Persatuan Sindrom Down.

Acara diteruskan dengan pengumuman kejohanan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenag kejohanan.

Bagi kategori berpasukan, juara bagi Kejohanan Golf Amal 4 Penjuru Kementerian Pembangunan Tahun 2019 ini disandang oleh Pasukan Kementerian Pembangunan dengan mendapat jumlah pukulan  terendah sebanyak 496 pukulan.

Bagi kategori Gross, Juara disandang oleh Awang Suhaimi bin Ibrahim (dari pasukan Kementerian Pembangunan)

Naib Juara disandang oleh Han (dari pasukan Kontraktor)

Tempat Ketiga disandang oleh Awang Khairol Bakar (dari pasukan Kementerian Pembangunan)

Turut hadir di kejohanan tersebut ialah Yang Mulia Ir Lim Sui Kau Alice, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya dan Ketua-Ketua Jabatan, Kementerian Pembangunan.

 

GOLF2.JPGgolf.JPG 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pembangunan

Negara Brunei Darussalam


Attachments