Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
SIARAN AKHBAR MAJLIS PENANDATANGANAN KONTRAK DAN PERSETUJUAN BAGI PERLANTIKAN KONSULTAN BAGI PROJEK-PROJEK JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
SIARAN AKHBAR MAJLIS PENANDATANGANAN KONTRAK DAN PERSETUJUAN BAGI PERLANTIKAN KONSULTAN BAGI PROJEK-PROJEK JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

Bandar Seri Begawan, Khamis, 02 Julai 2020

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan hadir di Majlis Penandatanganan Persetujuan Bagi Perlantikan Konsultan sebagai tetamu kehormat majlis.

Nama projek-projek yang ditandatangani adalah:-

1. Projek Mengganti / Memindah Paip-Paip Utama Yang Lama Bagi Semua Daerah: Paip Utama Kg Lamunin, Daerah Tutong

2. Projek Penambahbaikan Sistem Bekalan Air (Pembinaan Tangki-Tangki Air Dan Peningkatan Sistem Pam Air) – Tangki Simpanan Diplomatik, Daerah Brunei Muara

3. Projek Menaiktaraf Jambatan Besi ‘Bailey’ ke Jambatan Konkrit

Keterangan projek-projek:

1. Projek Mengganti / Memindah Paip-Paip Utama Yang Lama Bagi Semua Daerah : Paip Utama Kg Lamunin, Daerah Tutong
Kontraktor : Seri Ghanimi Contractor Sdn Bhd
Harga Kontrak : $2,639,350.00
Tempoh Projek : 24 bulan
Objektif Projek : Memantau dan memastikan aliran air dalam sistem
rangkaian paip sentiasa di tahap yang memuaskan dan mengurangkan gangguan bekalan air disebabkan oleh paip yang bocor (lama).

2. Projek Penambahbaikan Sistem Bekalan Air (Pembinaan Tangki-Tangki Air Dan Peningkatan Sistem Pam Air) – Tangki Simpanan Diplomatik, Daerah Brunei Muara
Kontraktor : Mountbiz Sdb Bhd
Harga Kontrak : $1,483,313.00
Tempoh Projek : 24 bulan
Objektif Projek : Penambahbaikan bekalan air bagi menampung
pertambahan penduduk, bangunan dan industry di kawasan Sg Akar, Pulaie dan sekitarnya.

3. Projek Menaiktaraf Jambatan Besi ‘Bailey’ ke Jambatan Konkrit
Kontraktor : Foundation Contractor & Engineering Sdn Bhd
Harga Kontrak : $6,016,888.00
Tempoh Projek : 24 bulan

Objektif Projek : Meningkatkan keselamatan dan keselesaan serta
melancarkan perjalanan bagi para pengguna
jalan terutama kawasan perkampungan dan daerah.

Satu (1) konsaltan projek telah dilantik iaitu:

1) Konsaltan : ZIN SALLEH AND PARTNER CONSULTANTS
Projek : 1111-001 MEMBINA STESEN PENGEPAM AIR
MENTAH BARU BADAS DAN MEMASANG PAIP AIR MENTAH BARU BADAS KE KAWASAN SPARK

Penandatanganan persetujuan perlantikan konsultan telah ditandatangani oleh Yang Mulia Ir Awang Haji Amer Hishamuddin Bin POKAP DSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, dan wakil konslatan. Manakala penandatanganan kontrak bagi projek-projek pembinaan tersebut telah ditandatangani antara Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Air, Pemangku Pengarah Jalan Raya, serta wakil-wakil kontraktor yang dilantik. Kesemua penandatanganan berkenaan disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Majlis berkenaan diakhiri dengan sesi penyerahan dokumen kontrak di atas dan surat lantikan konsaltan.

Turut hadir di Majlis Menandatangani Kontrak tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar Awang Haji Marzuke Bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dr Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembanguan; Yang Mulia Ir Awang Haji Amer Hishamuddin Bin POKAP DSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Ir Dayang Lim Sui Kau Alice, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam


Attachments