Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
SIARAN AKHBAR MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA TAHUN 1442H / 2020M


Selasa, 24 Rabiulawal 1442H bersamaan 10 November 2020M

Pada 10 November 2020, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya mengadakan Majlis Ceramah Khas bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W, yang dikendalikan oleh Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya pada sebelah petang hari ini bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

Ceramah khas bertajuk “Mengenai Rupa Rasullullah S.A.W. dan Keterampilannya” disampaikan oleh Ustaz Abdurrahman bin Haji Ajak, penceramah undangan dari Al-Minhaj Centre dan Da’ie Bertauliah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

Antara objektif bagi mengadakan majlis tersebut ialah:

• Untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

• Menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam

• Menambahkan cinta kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W 

Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan Zikir Marhabban daripada Kumpulan Zikir Kementerian Pembangunan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) di Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Ir. Awg Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan
Negara Brunei Darussalam


Attachments